4 Sebab Kenapa Pentingnya Servis bagi Setiap Penapis Air di dalam Rumah

Air minuman bersih adalah penting bagi setiap manusia untuk tujuan utama kebersihan dan kesihatan.

Selama bertahun-tahun, rakyat Malaysia sering mengalami isu air tidak bersih, ada ketika bila krisis air melanda negara (terutamanya di kawasan Lembah Klang) menyukarkan rakyat Malaysia untuk menyelesaikan tugas-tugas seharian seperti mandi, memasak dan lain-lain.

Baru-baru ni, pemotongan air terkini di Lembah Klang yang disebabkan oleh bau yang tidak dikenali menjadikan kita tertanya-tanya bagaimana kita dapat memastikan air di rumah kita bebas dari bahan tercemar dan berbahaya.

Walaupun air yang sampai ke rumah kita telah dirawat, perasaan curiga dan was-was terhadap bahan bahaya yang tidak di ingini terlepas dalam air melalui paip lama di bawah tanah dari loji air rawatan ke kawasan perumahan yang mungkin berkarat dan usang.

Satu kajian pada tahun 2007 oleh “Journal Water Urban” melaporkan bahawa sumber air terawat negara kita mempunyai kecenderungan yang lebih besar untuk menyebabkan kakisan paip. Ini disebabkan wujud logam berat seperti Kadmium, Tembaga, Plumbum dan Zink di dalam air minuman kita.

Kajian yang dilakukan di Lembah Klang juga mendapati separuh daripada responden mempunyai penapis air di pasang di kediaman mereka, manakala 74% isi rumah akan mendidih air paip sebelum akan mendidih/menjerang air paip sebelum digunakan.

Sementara itu kaji selidik yang ditugaskan oleh Woongjin Coway (Malaysia) Sdn Bhd dan dijalankan oleh “Kantar Profiles” pada bulan Ogos 2019 mendapati bahawa 30.4% responden di Selangor dan 21.1% di Kuala Lumpur berpendapat bahawa tidak selamat untuk minum terus dari paip. Kaji selidik ini melibatkan 505 orang responden dari Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

 

Ramai orang tidak yakin dengan keselamatan air terawat yang sampai ke rumah mereka bertinda memasang penapis air bagi membantu menghilangkan bahan berbahaya di dalam air.

Walaubagaimanapun, ramai yang tidak menyedari kepentingan servis berkala terhadap penapis air mereka.

Seperti kereta yang tidak diservis, penapis air tidak akan berjalan baik tanpa servis dan penyelenggaraan berjadual.

 

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh “Kantar Profiles”, 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *