Kisah Dollah Ejen Coway

Kisah Dollah Ejen Coway

Perjalanan hidup Dollah yang penuh insipirasi. From Zero to HERO!

By Nazri Abu Bakar

Dollah, mu tak beli susu dan pampers untuk anak-anak ke?

Kisah sedih yang ingin dikongsikan pada kali ini ialah tentang Tuan Dollah, salah seorang ejen jualan produk Coway.

Untuk makluman, Tuan Dollah ialah salah seorang ejen produk Coway yang berjaya memperoleh pendapatan secara konsisten dalam RM 4,000 ke RM 5,000 sebulan.

Sama-sama kita hayati kisah beliau.

Sebelum ini, Dollah pernah bekerja di salah sebuah syarikat pembuatan barangan elektronik untuk pasaran luar negara. Beliau sebenarnya salah seorang daripada cofounder
syarikat tersebut.

Malangnya, atas kenaifan beliau yang mudah percaya bulat-bulat pada janji orang dan tiadanya hitam putih dalam perjanjian peratusan saham, akhirnya beliau hanya
diletakkan sebagai pekerja yang makan gaji sahaja dalam syarikat tersebut.

Malah, gaji yang beliau dapat juga tidak berbaloi walaupun jualan syarikat sudah mencapai pendapatan jutaan ringgit. Pada ketika ini, beliau hanya mampu pasrah sahaja dengan apa yang berlaku.

Banyak kali juga beliau terfikir nak berhenti kerja, tetapi beliau lupakan kerana mengenangkan beliau perlu menyara anak-anak dan isteri beliau. Selama 7 tahun beliau bertahan bekerja di sana.

Selepas 7 tahun, beliau mengalami kemalangan semasa melakukan aktiviti lasak sukan berbasikal. Kecederaan yang beliau alami pada waktu itu memang serius, terutama di bahagian muka.

Dengan bantuan daripada kawan-kawan, beliau terus dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar kerana hentakan yang kuat pada bahagian muka.

Pada malam itu juga, doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membaikpulih kerosakan pada bahagian muka beliau dan terpaksa ditahan di hospital selama
seminggu.

Selepas pulang sahaja daripada hospital (dengan muka yang masih berbalut) beliau gagahkan diri untuk kembali bekerja demi syarikat kerana memikirkan banyak kerja yang tertangguh selepas 7 hari dirawat di hospital.

Tetapi, alangkah terkejutnya beliau apabila beliau dapati pada slip gaji beliau terdapat pemotongan sebanyak RM 1,000. Ketika ini, beliau rasa diri sangat teraniaya dan kecewa. Beliau terus berhenti kerja pada hari itu juga.
.
Kehidupan Dollah selepas berhenti kerja sebenarnya semakin teruk. Walaupun beliau percaya yang rezeki itu semua daripada Allah, tetapi ujian yang mendatang itu sangat hebat.

Isteri beliau pada masa itu masih lagi bekerja. Memandangkan isteri beliau saja yang bekerja, memang mereka sekeluarga hanya mengharapkan sumber kewangan
daripada beliau.

Sampai sekarang Dollah tetap mengingati pengorbanan isteri beliau. Dalam tempoh kewangan mereka yang semakin tenat, mereka bersama tiga orang anak balik ke
kampung.

Agak sukar untuk Dollah mencari kerja dalam keadaan luka di muka kesan akibat kemalangan. Sejak pulang ke kampung, beliau mula mencari kerja di merata-rata
tempat.

Malangnya, tiada seorang pun yang menerima permohonan kerja beliau. Kekecewaan yang beliau alami amat memberi kesan kepada mental dan jiwa beliau sebagai ketua keluarga.

Alhamdulillah, keluarga mertua beliau sangat memahami dan sering berikan sokongan kepada Dollah. Namun, sudah pasti mereka tetap merasa bimbang kerana isteri beliau saja yang
bertanggungjawab membayar kereta dan rumah yang dibeli, itu pun nyaris-nyaris rumah kena lelong.

Sehinggalah pada suatu hari, mertua beliau bertanyakan soalan.

“Dollah, mu tak beli susu dan pampers untuk anak-anak ke?”

Ketika itu, memang beliau rasa terkedu dan malu dengan diri sendiri. Memang pada masa itu dia tidak mempunyai duit. Sebak sangat rasanya sebab rasa terlalu sedih, sampaikan pada malam itu beliau masuk tidur lebih awal dari biasa.
Terus tutup lampu dan peluk anak-anak kiri dan kanan dengan erat, sambil air mata berlinangan.

Pada malam itu juga, beliau berkata pada diri sendiri, bahawa tiada sesiapa yang boleh mengubah beliau kecuali diri beliau sendiri.

Esoknya, beliau mula berfikir yang bisnes online saja merupakan jalan keluar bagi masalah beliau sekarang sebab kecederaan di muka beliau pun baru nak baik.

“Pada malam itu juga, beliau berkata pada diri sendiri, bahawa tiada sesiapa yang boleh mengubah beliau kecuali diri beliau sendiri.”

Jadi, bila beliau ingin minta kerja pun, orang kata, “berehat dululah, bila dah baik nanti muka baru mohon semula.”
Tetapi beliau tidak boleh tunggu lagi sebab nak kena cari duit untuk keluarga.

Jadi, beliau teruskan dengan berniaga secara online sebab beliau fikir ini saja cara untuk beliau cari duit tanpa jumpa orang.

Pada mulanya, beliau terlihat satu page seorang ejen cermin mata dan mula menjadi ejen produk itu. Beliau gunakan platform online dengan meminta kawankawan
untuk like page beliau dan beliau mula menjual juga di mudah.my

Daripada situ, Alhamdulillah dapat juga jualan. Namun, tidak lama selepas itu. Akaun beliau kena sekat disebabkan beliau menjual cermin mata tiruan.

Apabila beliau sedang membuat carian di Google tentang bagaimana cara untuk jalankan bisnes melalui Facebook, beliau terjumpa peluang menjana pendapatan
dengan menjadi ejen produk Coway.

Lepas beliau mendaftar sebagai ejen, barulah beliau mula mempraktikkan ilmu dan tips yang diajar oleh team yang membimbing ejen produk itu.

Sampaikan sekarang beliau berjaya menjana pendapatan sebanyak RM 5,000 sebulan melalui jualan produk Coway tersebut.
.

Adakah anda seperti Dollah yang ingin belajar memulakan bisnes online untuk menjana pendapatan tambahan bagi bantu kewangan diri dan keluarga?

Adakah anda ingin kami bantu anda mulakan perniagaan online dengan modal yang rendah melalui menjadi ejen produk Coway?

Kalau nak cuba jadi ejen, hubungi kami cepat. Saya akan tapis dulu untuk dapatkan ejen yang betul-betul berkualiti dan hanya terhad untuk 30 orang ejen saja.

Kami dah bantu ramai ejen seperti Dollah dalam mengubah nasib mereka kepada yang lebih baik.

Adakah anda ingin turut serta juga dalam keluarga Coway kami?

Klik 👉🏼 http://cowaybynazri.com/apply-kerja-sales-coway/

 

Atau Whatsapp Pengurus Jualan Coway, Nazri Bakar (013-606 7913)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *