Tak Suka Orang Pijak Kepala

π—§π—”π—ž π—¦π—¨π—žπ—” 𝗒π—₯π—”π—‘π—š π—£π—œπ—π—”π—ž π—žπ—˜π—£π—”π—Ÿπ—”

Impian bagi setiap lelaki normal, mahu sediakan rumah yang selesa untuk isteri dan anak-anak.

Begitu juga dengan aku.

Ceritanya begini, tanggal Januari 2015 ketika aku masih bekerja sebagai “installer” syarikat Broadband, puas aku memerah kepala macam mana nak memiliki rumah atas nama aku sendiri.

Puas submit loan di bank, manjang kena reject. Paling panas sekali hati ni masa dapat cabutan rumah mampu milik di area Semenyih. Beratur punya beratur dari awal pagi, tiba giliran aku untuk cabut undi dapatkan nombor rumah dan petugas arahkan aku untuk pegi ke saluran yang seterusnya iaitu berjumpa wakil-wakil bank yang di lantik oleh pihak pemaju projek perumahan tu.

Satu soalan saja wakil bank tu tanya aku ketika tu

Bank : “Encik kerja apa?”
Aku : “Installer”

Bank : “Ada payslip? Komisyen Statement?”
Aku : “Takde, bank statement jek ada. Macam yang sy hantar masa mula-mula apply rumah ni”

Bank: “Owh begitu maaf, bank kami tak terima kes macam kamu.”
Aku: “Aikkk..Apsal panggil aku datang sini pagi-pagi buta suruh beratur amik nombor rumah kalau dah tau aku tak layak. Masa apply aku provide dokumen yang aku ada ni je kot. (Tapi dalam hati jek laa kan, tak cakap pon depan dia).

Bermula dari kes ni lah aku jadi tak duduk diam mencari peluang lain hinggalah Allah temukan aku dengan Coway.

Aku tiada pengalaman buat kerja Sales, dan ikotkan memang keputusan aku nak terus terjun ke dunia Sales ni memang satu kerja gila.

Tapi, satu jek yang aku pegang .. “kalau diorang (baca Top Sales) boleh, aku pon mesti boleh”. Rejection yang aku terima, aku anggap makanan ruji je, aku anggap ini proses yang normal sebab impian aku ni lebih besar.

Akhirnya, selepas setahun aku berjuang di Coway..impian besar aku untuk memiliki rumah, tercapai. Amik unit paling tinggi sekali pulak tu. Kenapa? …Sebab aku tak suka orang pijak kepala aku. Hahaha

Tak seberapa besar dan tak seberapa gah pon, tapi sudah cukup berpuas hati bagi aku. Tujuan posting ni hanya ingin berkongsi pengalaman.

Sahabat, aku berani katakan yang “kehidupan” adalah guruΒ terbaikΒ bagi kita. Kebiasaannya “hidup” tidak bercakap pada kita, ia sekadar menekan dan menolak kita ke sana dan ke sini.

Pada setiap tekanan ataupun tolakan, “hidup” seolah-olah berkata kepada kita,

“Bangun! Ada sesuatu yang saya mahu ajar kepada kamu.”

Jadi, jangan mengalah dan jangan pasrah. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Sekiranya kita belajar dari pengajaran hidup, kita pasti akan berjaya.

Nazri Abu Bakar
-Pemburu Impian-

Dikuasakan olehΒ #CSTeam, sejak 2007

#AlwaysBeClosingTeam
#RoadToInvestorΒ #LivingBetterΒ #RumahPertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *